Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa/.si] | ڤقسي

Definisi : 1. puting (bahagian keris dll) yg masuk ke dlm hulunya; 2. gandar (roda dll), poros: ~ bumi; 3. garis (benar atau khayali) yg padanya sesuatu objek dapat berputar atau yg padanya bentuk atau binaan sesuatu objek itu bersi­metri; ~ optik (Fiz) garis yg menyambungkan pusat optik dan pusat kelengkungan suatu sistem kanta; ~ putaran (Fiz) garis yg padanya se­suatu jasad berputar, atau garis lurus yg merentasi titik putaran jasad yg pegun, sedangkan titik lain pd jasad itu bergerak dlm bulatan; ~ simetri (Mat) garis lurus yg membahagi sesuatu bentuk atau rajah kpd dua bahagian yg sama saiz dan bentuk; berpaksikan ki berpegang pd, bertunjang­kan: umat Islam harus ~ akidah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.si] | ڤقسي

Definisi : sl sj burung: ~ dewata; ~ jentayu; peksi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.si] | ڤقسي

Definisi : paku gasing; ®pangsi I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.si] | ڤقسي

Definisi : 1 puting keris yg dimasukkan ke dlm hulunya. 2 gandar pd roda dll. 3 paku gasing. 4 alat yg dipasangkan pd kedua-dua hujung kayu (yg panjang atau yg berbentuk silinder) utk memudahkan kerja melarik. 5 garisan yg membahagikan sesuatu ruang atau benda yg simetri. ~ simetri garis khayalan yg terdapat pd rajah geometri yg simetri. ~ tegak paksi yg lurus ke atas. ~ ufuk paksi yg melintang atau mendatar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paksi