Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.tu.ran]/[per.a.tu.ran] | ڤراتورن

Definisi : segala yg telah ditentukan dan mesti diturut: Apabila kita memandu sebarang jenis kenderaan, kita hendaklah mematuhi ~ lalu lintas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ra.tu.ran]/[per.a.tu.ran] | ڤراتورن

Definisi : 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipa­tuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera­jaan peraturan (ketentuan, garis pan­duan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peraturan

Peribahasa

Zaman beralih,
     musim bertukar.

Bermaksud :

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

 

Lihat selanjutnya...(8)

116

So many countries, so many customs

Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam.

Lain padang, lain belalang.

So many countries, so many customs. What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful.

Lain padang, lain belalang. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)