Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.lis] | ڤوليس

Definisi : 1. pasukan yg menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang; 2. ang­gota pasukan polis, mata-mata; ~ hutan pasukan polis yg bertugas menjaga keamanan di kawasan sempadan; ~ lalu lintas = ~ trafik polis yg mengawal keselamatan lalu lintas; ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut; ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg ditugaskan utk mencegah (memberhentikan) rusuhan (tunjuk perasaan dll); ~ rahsia pasukan polis yg ditugaskan utk mencari (mengintip) rahsia; ~ simpanan pa­sukan polis yg diambil bertugas pd masa darurat (kecemasan dll); ~ tentera pasukan tentera yg bertugas sbg polis (mengawasi tentera); kepolisan yg berkaitan dgn polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dgn urusan (tugas dan tang­gungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kpd orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.lis] | ڤوليس

Definisi : sebuah badan kerajaan serta anggotanya, yg bertanggungjawab menjaga keamanan negara (mencegah berlakunya jenayah dll). ~ hutan pasukan polis yg menjaga keselamatan di kawasan-kawasan hutan. ~ khas pasukan polis tambahan utk menjaga kawasan perusahaan pd zaman darurat dahulu. ~ lalu lintas polis yg mengawal keselamatan dan kelancaran lalu lintas. ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut. ~ rahsia pasukan polis yg bertugas mencari rahsia. ~ simpanan khas pasukan polis yg bertugas mencegah rusuhan. ~ tentera anggota tentera yg ditugasi menjalankan tugas-tugas polis dlm angkatan tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)