Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : Mn; angin ~ beliung angin puting beliung (olakan angin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
punca (kata nama)
1. Bersinonim dengan sumber: asas, asal, mula,

2. Bersinonim dengan pangkal: perdu, asal, mulanya, pokok, tajuk,

Kata Terbitan : berpunca,

Puisi
 

Sapu tangan punca merah,
     Mari sarung cincin suasa;
Luka tangan tampak berdarah,
     Luka hati menahan rasa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jika berjumbai tempat bergantung.

Bermaksud :

Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)