Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mal] | رامل

Definisi : Ar 1. pasir; negeri ~ negeri Arab; 2. pasir utk menengok nasib, sesuatu yg diguna­kan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku dll (kitab nujum dll); mem­baca (membilang, membuka) ~ melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum dll); meramal menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~; meramalkan 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), me­nenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, mencerita­kan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pen­dapatan akan dinaikkan lagi; ia men­jeling ke muka orang itu, menduga, dan ~ apa yg difikirkannya; teramal dapat diramalkan: kehidupan yg tidak ~ dan tidak terkawal; keteramalan perihal dapat diramalkan; ramalan sesuatu yg diramalkan, dugaan, telah­an, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; peramalan perbuatan meramal (meramal­kan); peramal orang yg meramal atau meramal­kan sesuatu: sbg seorang ~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mal] | رامل

Definisi : sj sapu tangan: sehelai ~ sutera yg ber­taburkan benang emas disampaikan di hulu keris itu; rumal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mal] | رامل

Definisi : sesuatu yg dijadikan pegangan utk melihat nasib atau utk mengetahui sesuatu yg akan berlaku: membaca ~ menilik nasib orang; tukang ~ orang yg kerjanya menilik nasib orang; jurutenung. meramalkan 1 menilik nasib orang dgn membuka kitab nujum; menenung: Ia hanya ~ nasib orang, ia sendiri berpanjangan di kaki lima. 2 memberitahukan sesuatu yg akan berlaku; menelah: Banyak orang yg ~ bahawa cukai pendapatan akan dinaikkan lagi. ramalan sesuatu yg diramalkan: ~nya tidak tepat. kitab ~ kitab nujum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramal
Kata Terbitan : meramalkan, ramalan, peramalan, peramal,