Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.wat] | راوت

Definisi : ; juru~ orang yg menjaga orang sakit (di hospital dll); merawat memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga (orang sakit dll) dgn memberi ubat dsb: isterinya dirawat di rumah sakit umum; ia dirawat di hospital; dlm buku ini dihuraikan arahan-arahan utk me­melihara, ~, dan membaja lebih drpd 50 jenis pokok buah-buahan; terawat dirawat: keadaannya ~ baik; rawatan hasil merawat; ~ muka rawatan utk memelihara kesihatan dan kecantikan muka (dgn membubuh krim dan mengurut bahagian muka, dll); ~ rapi rawatan dan penjagaan yg intensif dan ber­terusan terhadap seseorang pesakit yg berada dlm keadaan tenat, biasanya ditempatkan dlm bilik khas; perawatan perihal (perbuatan dsb) merawat, pemeliharaan, penyelenggaraan, pembelaan, penjagaan: orang yg berwang saja yg meng­hendaki ~ yg luar biasa; ~ muka rawatan utk memelihara kesihatan dan kecantikan muka (dgn membubuh krim dan mengurut bahagian muka, dll); perawat orang yg merawat, bahan utk merawat (tumbuh-tumbuhan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wat] | راوت

Definisi : Pl pulih kembali spt sediakala, kembali kpd keadaan asal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wat] | راوت

Definisi : ; merawat 1 menjaga atau membela orang sakit dll; menyelenggarakan; memelihara: Ia dirawat di Hospital Kuala Lumpur. 2 membuat atau mengusahakan supaya biji benih mudah (cepat) bercambah melalui proses kimia atau proses fizikal. rawatan jagaan atau usaha yg dilakukan ketika merawat: ~ di sini sungguh menyenangkan. ~ muka rawatan utk menjaga kesihatan dan kecantikan muka dgn mencuci, menyapukan krim, mengurut dsb. ~ rapi rawatan dan penjagaan yg sungguh-sungguh dan berterusan terhadap seseorang pesakit yg berada dlm keadaan tenat, biasanya ditempatkan dlm bilik khas. perawatan hal atau perbuatan merawat. perawat orang yg merawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rawat
Kata Terbitan : merawat, terawat, perawatan, perawat,