Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[reng.gang] | رڠݢڠ

Definisi : ; merenggang; ~ gawai (Palem­bang) ark memperkosa perempuan, merogol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[reng.gang] | رڠݢڠ

Definisi : 1. tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya, dll: apabila panas terik, papan-papan dinding rumah menjadi ~; 2. agak berjauhan, kurang erat (per­sahabatan dll), kurang karib: maka timbullah suatu pertengkaran yg membuat mereka semakin ~; anak kecil itu sudah tidak hendak ~ dr ayahnya lagi; 3. antara, selang: ada kira-kira ~nya setahun dr perang Kedah itu maka Raja Kecil datang pula melanggar Riau; 4. jarak(nya), jauh(nya), beza(nya): lain pula keadaannya di negeri kami, ~nya hampir-hampir sebelah dunia; kehidupan anak-anakku dibandingkan dgn kehidupan­ku macam bumi dgn langit ~nya; berenggang berantara, berjauh, berpisah: kedua-duanya tidak pernah ~; biar masa ~ sedikit utk pergi memujuk isteriku pulang ke rumah; merenggang menjadi renggang (jauh dll): perhubungan antara dua manusia itu sudah ~; merenggangi menjauhi (supaya renggang): kenalan-kenalannya makin lama makin ~ dia; merenggangkan menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~ tulisan; ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~ dirinya dr budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~ silaturrahim kedua-dua belah pihak; memperenggang menjadikan lebih renggang; terenggang terbuka: pintu itu ~ sedikit; kerenggangan perihal renggang: aku me­ngerti kenapa antara dua teman itu timbul ~ dan ketegangan; perenggangan perbuatan (proses) me­reng­gangkan sesuatu; perenggang; ~ waktu ark perintang waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
renggang (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak rapat: bersela
Berantonim dengan bertutup

2. Bersinonim dengan kurang erat: ganggang, kurang karib, kurang mesra, kurang rapat,
Berantonim dengan erat

3. Bersinonim dengan jarang: bercelah, renggang, bersela, berselang, ganggang,
Berantonim dengan rapat

Kata Terbitan : berenggang, merenggang, merenggangkan,

Puisi
 

Petang-petang alah peraga,
     Masak susu linggang-linggang;
Petang-petang abang ada,
     Katup pintu renggang-renggang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(4)