Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.ju/] | روجوع

Definisi : Ar 1. kembali (kahwin) dgn isteri yg sudah diceraikan mengikut syarat-syarat ter­tentu; 2. ki kembali kpd kedudukan atau pen­dirian yg asal (sebelum drpd itu): ia tidak meng­­harapkan pemimpin-pemimpin itu da­tang menemuinya dan memujuk supaya ia ~ kembali; merujuk 1. = merujuki berkahwin kembali dgn isteri yg sudah diceraikan: hatinya ber­tanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya? 2. melihat utk meneliti, melihat lebih lanjut: calon-calon hendaklah ~ kpd risalah-risalah panduan; jika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kpd karya Euler; merujukkan mengemukakan utk dikaji, me­manjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah; rujukan keterangan lanjutan mengenai se­suatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat ke­terangan yg lebih lanjut; perujukan perihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan; perujuk orang atau tempat yg dirujuk utk mendapatkan sesuatu maklumat (keterangan dsb) tentang sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.ju/] | روجوع

Definisi : berusaha supaya pasangan yg bercerai itu ~ semula. merujuk 1 melihat buku dll utk memperoleh keterangan lanjut dll ttg sesuatu perkara: ~ kpd surat tuan; Karya-karya yg bermutu dirujuk utk mendapatkan maklumat lanjut. 2 mengahwini bekas isteri semasa masih dlm idah. merujukkan mengemuka­kan sesuatu perkara utk dikaji: Hakim besar ~ perkara itu semula kpd mahkamah rendah. rujukan keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara; sumber (buku dll) utk memperoleh keterangan lanjut: Buku itu dijadikan ~ dlm bidang ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ru.ju/] | روجوع

Definisi : berbalik atau berkahwin semula semasa masih dlm idah (bkn pasangan suami isteri yg bercerai): Mereka (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rujuk