Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.sing] | رونسيڠ

Definisi : 1. cepat marah, suka mengomel (me­rungut-rungut); 2. = ~ hati sebal hati, risau: janganlah pula engkau menambah ~ hati mak; merunsing mengomel, bersungut, me­rungut; merunsingkan menjadikan runsing, me­nyebabkan runsing, merisaukan: dlm keadaan begini, ia tidaklah patut dirunsingkan; perbelanjaan pelajaran ~ fikiran ahli-ahli politik dan orang ramai; kerunsingan perihal runsing, kerisauan: mereka dlm ~; perunsing orang yg selalu runsing, perisau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
runsing
Rujuk :risau

Puisi
 

Pakai cincin di jari manis,
     Cincin suasa permata dua;
Adik runsing jangan menangis,
     Nanti tiba masa kita berdua.


Lihat selanjutnya...(13)