Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sah]/[sah] | صح

Definisi : 1. lulus pd sisi undang-undang (adat, hukum, dll), lwn batal (puasa, sembahyang, dll): sudah berkali-kali ia meminta menjadi isteri yg ~; sembahyangnya tidak ~ kerana ia tidak ber-suci; 2. benar, pasti, nyata: jikalau ~ awan mengandung hujan, habislah basah gerangan nenek; khabar yg ~ khabar yg benar; mengesahkan 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan ber-ada di Tokyo selama empat hari; pem-buangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tanda-tangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan; kesahan perihal sah, sah tidaknya (sesuatu): negara-negara Islam telah menjadikan per-setujuan pihak yg berkahwin sbg syarat ~ sesuatu perkahwinan; ~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan; pengesahan perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; pengesah sesuatu (orang dsb) yg mengesah-kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,

Peribahasa

Bergantung tidak bertali.

Bermaksud :

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali).

 

Lihat selanjutnya...(4)