Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lur] | سالور

Definisi : sesuatu (spt pembuluh, parit, dll) yg men-jadi jalan atau laluan utk mengalirkan air dsb; ~ buah pinggang saluran yg membawa air kencing dr buah pinggang ke pundi-pundi kencing; ~ darah saluran (dlm badan) yg menyalurkan darah; ~ halus salur darah dgn salur nadi yg halus, jalan saraf, arteriol; ~ kencing saluran yg menyalirkan air kencing dr pundi kencing ke luar tubuh, uretra; ~ makanan saluran yg membawa makanan dr mulut ke perut; ~ mani saluran tempat mani disimpan dan menjadi matang (dlm buah zakar); ~ nadi saluran yg membawa darah dr jantung ke bahagian-bahagian lain badan, arteri; menyalurkan 1. mengalirkan (sesuatu yg cair dll): air yg kotor itu disalurkan ke laut; 2. menyampaikan (membawa dsb) melalui jalan atau cara tertentu: segala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerja­sama; tersalur dapat disalurkan, (sudah) disalurkan; saluran 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; penyaluran perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dll); penyalur (sesuatu) yg menyalurkan, penyampai, pembawa: bahasa yg berkesanggupan men-jadi alat ~ ilmu dan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lur] | سالور

Definisi : , = saluran 1 sesuatu (spt paip) yg digunakan utk mengalirkan benda-benda cair; pembuluh. 2 jalan atau cara melakukan sesuatu yg betul atau mengikut peraturan: Sebarang aduan hendaklah disampaikan menerusi ~-~ tertentu. ~ angin salur tempat angin (udara) lalu ke paru-paru. ~ darah pembuluh yg mengalirkan darah di dlm badan. ~ limfa ist salur (spt salur darah) berdinding nipis dan mempunyai banyak injap, yg berfungsi membawa limfa ke dlm sistem peredaran darah tubuh badan. ~ makanan pembuluh (dr pangkal halkum hingga ke perut) yg menjadi laluan makanan ke perut dan juga menjadi tempat penyerapan sebahagian drpd makanan itu. ~ nadi pembuluh yg mengalirkan darah dr jantung ke bahagian lain dlm badan. menyalurkan 1 mengalirkan benda-benda cair melalui alat-alat tertentu: Mereka ~ minyak tanah itu ke pelabuhan dgn paip. 2 membawa atau menyampaikan sesuatu mengikut cara yg betul: Kita hendaklah ~ sebarang tuntutan melalui Kesatuan Sekerja. sa­luran 1 salur. 2 jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu ran­cangan. penyaluran perbuatan atau hal menyalurkan: ~ maklumat. sesalur sesuatu yg menyerupai salur atau yg berfungsi sbg salur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salur
Kata Terbitan : saluran,