Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.da.ran] | ساندرن

Definisi : 1 pertolongan; bantuan; sokongan. 2 barang yg dijadi­kan tanggungan hutang; barang gadai. 3 ist sumber (yg mengandungi salinan fail utama) yg boleh digunakan utk menggantikan sumber utama yg gagal beroperasi atau terhapus dlm sistem komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[san.da.ran] | ساندرن

Definisi : sesuatu yg dijadikan cagaran atau jaminan (dlm berhutang dll), gadai, petaruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.da.ran] | ساندرن

Definisi : 1. = persandaran, penyandar tempat bersandar atau utk menyandarkan sesuatu: akhirnya orang muda itu me­ngampai ke ~ kerusinya; 2. bantuan, sokong-an: mereka berdoa memohon ~ drpd Tuhan; ini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~ sejarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sandaran