Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dut] | سدوت

Definisi : ; menyedut 1. menarik masuk (ke dlm) dgn kekuatan udara (dgn mulut, hidung, dll), menghirup, menghisap: dia mengesat-ngesat air matanya dan ~ air yg keluar dr hidung-nya; dia ~ rokoknya; 2. ki memetik, mengambil, mendapatkan (dgn keras), me-meras: di bawah ini kita sedut sebahagian besar drpd surat-surat itu; mereka ~ wang drpd orang ramai; tersedut terhisap (dgn kekuatan udara) masuk kerana disedut: maka darah itu dgn serta-merta ~ masuk ke dlm tiga pembuluh besar; sedutan 1. yg telah disedut, hasil menyedut: ~ pertamanya pd rokok itu panjang sekali; 2. sebahagian kecil drpd sesuatu filem, tulisan, ceramah, wawancara dsb yg dipetik dan disiarkan secara berasingan, cabutan, petikan: sekarang ikutilah ~ wawancara tersebut; tayangan ~ filem yg berkenaan menjadi sebahagian drpd atur cara majlis; penyedutan perbuatan menyedut (meng-hisap dll), penghisapan; penyedut sesuatu (alat dll) yg menyedut; ~ air batu pembuluh utk menyedut air batu, straw; berpenyedut mempunyai penyedut: gelas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dut] | سدوت

Definisi : ; menyedut menarik minuman (bau dll) masuk ke dlm mulut (hidung dll) dgn kekuatan udara: Kita hendaklah sentiasa ~ udara yg bersih. sedutan hal atau hasil drpd menyedut: ~nya kuat sekali. penyedutan perbuatan atau hal menyedut. penyedut alat utk menyedut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedut
Kata Terbitan : menyedut, penyedut, penyedutan, tersedut, sedutan,