Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ku.tu] | سکوتو

Definisi : cerutu, lisong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ku.tu] | سکوتو

Definisi : 1. kawan yg turut sama dlm sesuatu pakatan (perniagaan, perusahaan, dll), teman yg turut dlm sesuatu pakatan (pergabungan dll): kabilah banu Bakar ~ kaum Quraisy; negara-negara ~; 2. turut terlibat atau ber-salah (dlm kejahatan dll): orang yg menerima rasuah itu dianggap ~ dgn pemberi rasuah; 3. gabungan (drpd beberapa negeri, badan, dll), syarikat: Raja Sharif Hussain menyata-kan perlawanannya ter­hadap Turki dan menggabungkan diri dgn pihak ~; bersekutu 1. berkawan (utk melakukan se-suatu), bersahabat: Vietnam dan Malaysia ~ dlm perjuangan mengekalkan kebebasan dgn keperibadian sendiri; 2. bergabungan dgn (supaya lebih kuat, besar, dll), bersatu, ber­sepakat: mereka telah ~ dgn kabilah-kabilah Arab utk menyerang Madinah; negeri-negeri ~; 3. merupakan pergabungan (perhimpunan), berkelompok: gajah ialah binatang yg hidup ~; menyekutui 1. mengawani (menemani) dlm sesuatu pakatan; 2. bersekutu (bersahabat, bersubahat, dll) dgn; menyekutukan menganggap sbg sekutu (bersekutu): jangan sekali-kali ~ Allah dgn sesuatu yg lain; persekutuan 1. pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan bersama ahli-ahli; 2. pergabungan negara-negara dll: P~ Tanah Melayu; 3. Id syarikat perdagangan (per­usahaan dll), perkongsian; penyekutuan proses (perbuatan) menyeku­tukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sekutu (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, teman, pengikut, taulan, saing, handai, konco, pasangan, kerabat, kenalan, rakan, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan gabungan: syarikat, ikatan, kombinasi, perkumpulan, pertubuhan, kelompok, kesatuan, golongan,
Berantonim dengan individu

Kata Terbitan : menyekutui, menyekutukan,mempersekutukan, persekutuan,

Peribahasa

Buntar dikeping,
     suarang diagih.

Bermaksud :

Harta perserikatan dibahagi sebagaimana mestinya apabila suami isteri atau orang yang berkongsi bercerai. (Peribahasa lain yang sama makna: Suarang diagih, sekutu dibelah). buntar = bulat; suarang = harta milik.

 

Lihat selanjutnya...(2)