Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bo.yan] | سمبوين

Definisi : 1. alamat (bunyi tetuang, kibaran bendera, dll) utk memberitahu, tanda, isyarat: setelah sampai ke pertengahan jalan, ke-dengaranlah bunyi ~ lima das alamat raja besar telah mangkat; 2. kata rahsia (sbg alamat utk mengenal kawan sendiri dll): katakanlah ~ pengenal itu dan kalian akan kuampuni; 3. kata atau rangkaian kata yg dijadikan pegangan atau ikutan, cogan kata: taat setia ialah ~ bagi pasukan Askar Melayu; ~ kita hanyalah satu, Merdeka dan tetap Merdeka; bersemboyan menggunakan (memakai) sem-boyan; bersemboyankan menggunakan sesuatu sbg semboyan; menyemboyankan 1. memberitahu (meng­isyaratkan) dgn semboyan; 2. menggunakan atau menjadikan sesuatu (rangkaian kata dll) sbg semboyan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bo.yan] | سمبوين

Definisi : 1 tanda alamat spt kibaran bendera (bunyi tetuang dll) yg di­gunakan utk memberitahukan se­suatu; isyarat: ~ udara berbunyi dgn hebatnya dan kami pun berlarian mencari lubang perlindungan. 2 perkataan atau rangkaian kata yg digunakan sbg pegangan dll; cogan kata: “Taat Setia” ialah ~ pasukan Askar Melayu Diraja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semboyan (kata nama)
1. Bersinonim dengan alamat: tanda, isyarat, signal, anggai, tenggara, lambang, petunjuk,

2. Bersinonim dengan cogan kata: moto, slogan,

Kata Terbitan : bersemboyan, menyemboyankan,