Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sta.tik] | ستاتيک

Definisi : berada dlm keadaan tidak aktif (tidak bergerak-gerak, tidak berubah), tidak berubah (tingkatan kemajuan dll): dasar pemerintah zaman itu ialah mengekalkan satu masyarakat yg ~; pasaran saham menjadi ~ apabila keadaan politik tidak stabil; menstatikkan menyebabkan statik; kestatikan perihal, keadaan atau sifat statik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sta.tik] | ستاتيک

Definisi : tidak ada perubahan apa-apa; tidak bergerak: Pasaran saham menjadi ~ apabila keadaan politik tidak stabil. menstatikkan menjadikan atau me­nye­babkan statik. kestatikan keadaan statik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
statik (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan beku, tidak berubah-ubah, tidak berganjak.,