Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ram] | سورم

Definisi : 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ ca­hayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau be­berapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; suram-suram; ~ gelap sedikit gelap (se­hingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur limbur; menyuram bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram, pudar); menyuramkan menjadikan suram (buram, pudar, dll), memuramkan, memudarkan: jalan ke rumahnya yg gelap makin ~ pandan­gannya; kesuraman perihal suram, kemuraman, kepudaran: di wajahnya, terbayang kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
suram (adjektif)
1. Dalam konteks cuaca
bersinonim dengan redup, muram, samar-samar, remang-remang, melindap, pirau, kelam, kalis, bureng, mamang, gerawan, aram-temaram, kurang terang, agak gelap, kurang cahaya,
Berantonim dengan terang

2. Dalam konteks logam
bersinonim dengan kusam, buram, guram, kelam, suram, pusam, pudar,
Berantonim dengan berkilat

3. Dalam konteks muka, mata,
bersinonim dengan tidak berseri, kusam, kuyu, muram, pucat, suram, subam, usam, pudar,
Berantonim dengan berseri

4. Rujuk lih masyghul

Kata Terbitan : suram-suram, menyuramkan, kesuraman,