Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.sut] | سوسوت

Definisi : Kl; menyusut menyembunyikan, menyorokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.sut] | سوسوت

Definisi : 1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dll sesuatu): harga jentera ini ~ tiap-­tiap tahun sebanyak 10 peratus; 2. menjadi lebih pendek (kecil dll), mengecut (kain dll), mengerut: kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh; 3. turun paras permukaannya (air dll), surut: berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dr baldi itu? 4. menjadi kurus (badan dll): anak yg begitu subur badannya sekarang mulai ~; agung ~, pongah masih prb orang berbangsa yg telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga; menyusut menjadi susut, berkurang; menyusuti menjadikan berkurang, mengu­rangi: sejak bercerai dgn Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melain­kan ~ yg telah ada; menyusutkan menjadikan susut, menge­cilkan, mengurangkan: jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung; susutan (Eko) kemerosotan nilai barang (yg dipergunakan dlm perusahaan atau pernia­gaan); kesusutan perihal susut, kekurangan, ke­merosotan; penyusutan perihal menyusutkan (mengu­rangkan, mengecilkan), pengecilan, pengu­rangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
susut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berkurangan: menurun, merosot, susut, usak,

2. Bersinonim dengan mengecil: mengecut, mengerut, kempis, seruh, menyentap, centet,
Berantonim dengan mengembang

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan surut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyusut, menyusuti, kesusutan,

Puisi
 

Kalau tuan menggulai belut,
     Menggulai mari dengan pengatan;
Kalau hati sudah susut,
     Tanah di Benut kutinggalkan.


Lihat selanjutnya...(2)