Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[swas.ta] | سواستا

Definisi : yg mengendalikan kegiatan (perusahaan dsb) sendiri, bukan milik kerajaan: penerbit ~; sekolah ~; syarikat ~; menswastakan memindahkan perkhidmatan dan perusahaan yg diurus oleh kerajaan kpd pengendalian pihak swasta (dgn kerajaan memungut cukai drpd keuntungan yg diperoleh), menjadikan swasta (bukan lagi milik kerajaan): ada rancangan utk ~ beberapa jenis perkhidmatan yg kini dikendalikan oleh kerajaan; penswastaan perihal (tindakan) menswasta­kan (perkhidmatan dan perusahaan kerajaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[swas.ta] | سواستا

Definisi : dimiliki sendiri (bukan milik kerajaan atau pemerintah): badan ~ badan perniagaan dll yg dimiliki oleh seseorang atau oleh beberapa orang tertentu saja. menswastakan memindahkan hak milik sesuatu per­khidmatan (perusahaan dsb) kerajaan kpd pihak swasta; menjadikan se­suatu sbg swasta. penswastaan hal menswastakan sesuatu perkhidmatan (perusahaan dsb) kerajaan; hal men­jadikan sesuatu sbg swasta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata swasta