Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : 1. = wang ~ = harga ~ bayaran utk membawa barang-barang dll dgn kende­raan, sewa kerana menaiki kenderaan, sewaan: ke­­pulangannya itu adalah utk menerima wang drpd datuknya utk dibuat ~ belayar ke Mekah; 2. yg disewakan (kereta dll), yg mem­bawa penumpang (mengangkut barang-barang), sewaan: kereta ~; perahu ~; sampan ~; 3. pe­num­pang atau muatan kenderaan dgn mem­bayar sewa; ~ malam Pl tidak bertangguh (berlengah-lengah) lagi; menambang 1. menaiki kereta (sampan dll) tambang: maka ~lah saya bersama-sama Grandpre pergi ke Kampung Laut; 2. meng­angkut penumpang(muatan) dgn kereta (sampan dll) tambang; 3. bekerja sbg pembawa kereta (sampan dll) tambang; menambangkan menyewakan kereta dll; tambangan 1. perahu (sampan) tambang; 2. pangkalan tempat penumpang menyebe­rang dgn perahu (sampan) tambang; 3. wang tambang; penambangan perihal menambang (me­nam­bangkan); penambang orang yg mengangkut penum­pang dgn perahu tambang; perahu ~ perahu tambang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : Jk tali yg besar utk menambat binatang pd pokok (tiang dll); ~ manuk simpul manuk; menambang ki tidak mempedulikan isteri (tetapi tidak pula menceraikannya), meng­gan­tung tidak bertali; menambangkan; ~ layar mengembangkan layar dgn tali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bang] | تامبڠ

Definisi : I lubang yg digali utk mengambil hasil bumi (emas, bijih timah, minyak, dll), lom­bong; ~ besi lombong besi; ~ emas lom­bong emas; barang-barang ~ bahan galian dr bumi (besi, emas, arang batu, dll); menambang menggali hasil bumi dr tanah, melombong (bahan tambang); pertambangan segala sesuatu mengenai tambang, perlombongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tambang