Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téh] | تيه

Definisi : (téh) 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya dikeringkan dan dibuat minuman), Camelia sinensis; 2. = daun ~ daun drpd pokok teh yg telah dikeringkan (dibuat minuman dgn air); 3. = air ~ minuman yg dibuat drpd daun teh; ~ encer air teh cair; ~ hutan = ~ kampung sj tumbuhan (pokok renek), Acalypha siamensis, ~ kosong air teh yg tidak dicampur gula; ~ makau sj tumbuhan (herba), capadang, Scorpria dulcis; ~ O bp a) teh kosong; b) air teh yg tidak dibubuh susu (tetapi ada gula­nya); ~ O beng C, bp air teh kosong yg di­bubuh air batu; ~ susu air teh yg dibubuh susu dan gula; ~ tarik teh susu yg ditarik, biasanya ke atas ke bawah berulang kali dgn menggunakan dua kole supaya lebih enak rasanya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téh] | تيه

Definisi : (téh) II 1. Pr nama timang-timangan bagi anak yg keenam; 2. Ph panggilan utk anak yg keempat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[téh] | تيه

Definisi : /téh/ 1 = pokok ~ beberapa jenis pokok renek yg daunnya dikeringkan utk dibuat minuman, Camellia sinensis; Camellia thea. 2 = daun ~ daun pokok teh yg telah dikeringkan utk dibuat minuman. 3 = air ~ minuman yg dibuat drpd daun teh. ~ kosong air teh yg tidak dibubuhi gula atau susu. ~ O air teh yg tidak bersusu tetapi bergula. ~ susu air teh yg dibubuhi susu (sama ada bergula ataupun tidak). ~ taman nama sj pokok renek yg biasanya dibuat pokok pagar, Ehretia spp.. ~ uncang (serbuk) teh yg dibubuh di dlm uncang (direndam di dlm air panas utk membuat air teh). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teh