Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.man] | تمن

Definisi : 1. kawan, handai, sahabat, taulan: mengapa sendirian pula, tiada ~, tiada rakan; 2. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap (bermain dsb): ~ bercakap; 3. sesuatu sbg pelengkap, jodoh, kawan: buah pinang dimakan orang jadi ~ sirih; 4. Pr ganti diri yg pertama, saya, aku;~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); ~ lelaki lelaki yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang wanita; ~ sejawat kawan sekerja; ~ tetangga jiran; ~ tidur orang yg dijadikan kawan tidur; ~ wanita wanita yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang lelaki; usahlah ~ dimandikan pagi prb janganlah terlalu memuji-muji; berteman 1. berkawan, bersahabat: sebenar­nya kedua-dua orang itu ~ baik; 2. tidak se-orang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi jarang-jarang aku ~; bertemankan mempunyai (seseorang, se­suatu) sbg teman; menemani 1. turut serta, mengawani, meng­iringi, menyertai: dia senang melihat kawan­nya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawan­kan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; peneman seseorang (sesuatu) yg menjadi teman kpd: hanya linangan air mata ~ duka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
teman (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, rakan, taulan, handai, konco, kenalan, sekutu, komrad, bandu, saki, kanti, nyapang, ratik, sobat, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan jodoh: kawan, judu, pelengkap, pasangan, regu, sandingan, setelan,

Kata Terbitan : berteman, bertemankan, menemani, peneman,

Puisi
 

Aduilah adui meniti batang,
     Si teman bujang dicari juga;
Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Jika cerdik teman berunding,
     jika bodoh disuruh diarah.

Bermaksud :

Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.

 

Lihat selanjutnya...(6)