Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tia.da] | تياد

Definisi : 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau ban­dingannya; dgn ~ tanpa; tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan tidak; meniadakan 1. = mempertiadakan meng-anggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; peniadaan perihal meniadakan (meng­hapuskan, membatalkan, dll); ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Hendak makan pinang tiada,
     Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
     Baru kutahu hatiku hampa.


Lihat selanjutnya...(121)
Peribahasa

Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(292)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(50)