Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin] | تين

Definisi : 1. kepingan drpd logam (biasanya berlapis timah): baldi dibuat drpd plastik atau ~; 2. bekas yg dibuat drpd logam yg berlapis timah: ~ minyak tanah; ~ rokok; ~ susu; buah ~ buah dlm tin; susu ~ susu dlm tin; bertin-tin beberapa banyak tin: ~ susu tepung juga telah dihantar sbg bantuan kecemasan kpd mangsa banjir itu; mengetin membubuh atau menaruh ke dlm tin: kerja-kerja ~ dilakukan oleh mesin; mengetinkan menyimpan (makanan, buah-buahan) dlm tin yg dipateri supaya tahan lama: ~ makanan; ~ nanas; pengetinan kerja (proses dsb) mengetin atau mengetinkan: ~ buah-buahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin] | تين

Definisi : sj tumbuhan (dan buahnya), ara, Ficus carica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tin

Puisi
 

Beli tin ke Kota Batu,
     Kelapa muda tidak berminyak;
Sudah miskin dagang piatu,
     Minta kasihan orang banyak.


Lihat selanjutnya...(2)