Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.da/] | تيندق

Definisi : 1. Jw langkah: ia bangun sambil berjalan se~ demi se~ kembali ke kerusinya; 2. perbuatan, perlakuan; ~ pidana perbuatan jenayah (kejahatan); ~-tanduk a) segala tingkah laku (perbuatan, kelakuan); b) sepak terajang; bertindak menjalankan usaha (kegiatan dll) utk sesuatu, mengambil langkah-langkah dsb utk mengatasi (menyelesaikan, menentang, dsb) sesuatu, berbuat, berlaku: ia mahu berfikir panjang sebelum ~ apa-apa; ia bersetuju ~ sbg perantaraan utk menyelesaikan perte­lingkahan itu; ~ sendiri berbuat (melakukan) sesuatu menurut kehendak sendiri; menindak ark melakukan sesuatu terhadap; menindakkan melakukan, melaksanakan, menjalankan: ~ kekerasan; tindakan 1. peraturan dll (yg dilaksanakan), langkah yg diambil (utk mengelakkan, mengatasi, dsb sesuatu): perintah berkurung merupakan ~ yg berkesan utk mencegah merebak­nya rusuhan; mengambil ~ a) me-laksanakan (mengadakan) peraturan-peraturan sbg mencegah atau menyelesaikan sesuatu; b) bertindak; 2. perbuatan, sesuatu yg (telah) dilakukan: negara Komanwel telah mem-bincangkan ~ kerajaan Rhodesia Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan Inggeris; ~ pentadbiran (Udg) tindakan yg perlu dilaku-kan utk melaksanakan dasar dan maksud perundangan; ~ perusahaan tindakan spt mogok dan bekerja lambat-lambat, yg diambil oleh para pekerja kerana tidak berpuas hati terhadap kadar gaji yg diterima, suasana kerja dsb; ~ susulan langkah (gerakan dsb) yg diambil (dilakukan) selepas mendapat mak-lumat (laporan dsb) atau berikutan drpd sesuatu; ~ tatatertib hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.da/] | تيندق

Definisi : ; ~-tanduk apa-apa yg dilakukan; perbuatan. bertindak menjalankan se­suatu usaha atau kegiatan; bertugas: Pihak polis telah ~ mencegah kecurian di kampung itu. tindakan 1 usaha yg dijalankan atau yg dilakukan: mengambil ~ melakukan sesuatu utk mencegah atau mengatasi sesuatu; ber­buat sesuatu; bertindak. 2 apa-apa yg dilakukan; perbuatan. ~ tatatertib tindakan yg diambil atau hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar per­aturan tatatertib perkhidmatan, organi­sasi dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,