Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.hor] | توهور

Definisi : 1 tidak dalam; dangkal: Sungai itu ~. 2 tidak berair kerana ditimba dll; hampir kering. menohorkan membuat supaya tohor; menjadikan tohor. ketohoran keadaan tohor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[to.hor] | توهور

Definisi : 1. tidak dalam, cangkat, tohor, dangkal: sungai yg ~; 2. Mn tidak berair kerana ditimba dll, hampir kering; 3. Mn habis (wang dll); kapur ~ kapur hidup; ~-~ sealahan prb tiap-tiap kerja itu hendaklah diselesaikan satu-satu (selesai satu barulah dibuat yg lain); bertohor Mn berkering; tidak ~ kaki (kain) sentiasa sibuk bekerja; ~ air liur sudah banyak memberi nasihat tetapi tidak juga berkesan; menohorkan 1. Mn mengeringkan; 2. mem­bawa ke tempat yg tohor (cangkat, cetek); ketohoran 1. perihal tohor, kekeringan; 2. ki kehabisan (wang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tohor (adjektif)
Bersinonim dengan cetek, dangkal;,

Peribahasa

Air lalu kubangan tohor.

Bermaksud :

Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.

 

Lihat selanjutnya...(2)