Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.dian] | اوندين

Definisi : 1. sesuatu yg diundi, loteri; ~ wang loteri (wang); menarik ~ mendapat hadiah dlm undian wang dll, menang loteri; 2. hasil mengundi, pemilihan undi: pd hari ini, ter-paksalah wakil-wakil dilantik dgn ~ ramai; 3. ki cubaan (utk menentukan sesuatu), ujian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.dian] | اوندين

Definisi : suara (dlm sesuatu pilihan raya dll): Calon Barisan Nasional telah menang dgn kelebihan 3,600 ~. ~ percaya undi yg menunjukkan majoriti menyokong seseorang atau orang tertentu, spt pemimpin atau ketua. ~ pos undi yg dihantar melalui pos apabila pengundi berada di luar kawasan undi pilihan raya berkenaan. ~ sulit undi dlm pemilihan atau penentuan yg dilakukan secara sulit, biasanya dgn menandakan pilihan atau keputusan seseorang pd kertas undi. ~ tak percaya undi yg menunjukkan majoriti tidak menyokong seseorang atau orang tertentu, spt pemimpin atau ketua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undi
Kata Terbitan : mengundi, undian, pengundian, pengundi,