Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ca.na] | واچان

Definisi : 1 sekumpulan ayat yg memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. 2 perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: Mereka mengadakan ~ ilmu. mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: Mereka berbincang ttg perkara yg akan diwacanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[wa.ca.na] | واچان

Definisi : 1. keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatu­an fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan (spt surat, artikel, novel, cerpen): kita merindui dunia subur kritikan sastera yg dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan ~ sastera yg mendalam dan pembacaan karya sastera yg banyak; mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: para ilmuan cuba berbincang dan membuat analisis terhadap tajuk-tajuk yg dipilih utk diwacanakan secara objektif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wacana (kata nama)
1. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, pertuturan, percakapan,

2. Dalam konteks pemikiran
bersinonim dengan pidato, khutbah, ceramah, syarahan surat, artikel, novel, cerpen.,