sidak Ib, MSr | mereka, dia (biasanya untuk merujuk kepada bilangan yang ramai), suatu panggilan yang hormat tanpa menyebut nama). | Apalah nasib kita ni sidak, ada anak, tak sama dengan anak orang lain. Kenapalah Tuhan mengurniakan kita seekor ikan buntal yang tidak boleh berkata apa-apa melainkan berenang-renang di dalam tempayan! keluh Pak Kaduk akan nasib mereka itu. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
biring Ib | ayam jantan berbulu merah kekuningan. | Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kucay, *kuche* Ib | sejenis burung kecil, berwarna merah di bawah lehernya manakala badannya berwarna kehijau-hijauan. Burung ini dipercayai membawa petanda buruk sekiranya ia memasuki rumah. | Kalau mendengar burung pangkas atau pangkas blau (sejenis ikan haruan yang mengangakan mulutnya dan berbunyi seperti pangkas) atau burung kucay (yang berbunyi seperti pangkas) semasa seseorang itu menebas atau menebang, ini petanda yang baik. Ia boleh meningkatkan kesenangan seseorang kalau seseorang itu miskin. Kalau seseorang itu anak raja atau seseorang yang kaya, burung ini tidak baik baginya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |