Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekap

Peribahasa

Takkan rintang rusa oleh tanduknya.

Bermaksud :

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
barung MSbparang.Mereka berkesempatan membunuh Jepun. Ada di antara mereka itu yang cekap bermain barung dan pendekar pula,” terang Kabau lagi.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gansip Mrkepit, sejenis bentuk tarian orang Murut.Muzik pengiring semakin rancak, mengiringi para penari yang berpasang-pasangan. Cekap mengelakkan kaki daripada terkena gansip oleh bambu yang dihentakkan antara satu dengan lain.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rasing Bj Sm, Tbsejenis permainan rakyat yg menggunakan tempurung kelapa sbg kasut dan tali utk mengendalikannya.“Apa nama permainan yang mereka main dengan menggunakan tempurung itu dik Minarni?” tanya Yanti. “Rasing, mereka main rasing,” jelas Minarni. “Rasing? Permainan apa itu?” Yanti ingin tahu. “Rasing itulah permainan tradisi orang-orang Samah di sini,” celah Pak Hilun. “Ayah engkau ketika kecil-kecil dulu pun cekap bermain rasing.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jukut Sksesuatu (tidak mahu menyebut nama sebenarnya kerana kepercayaan tertentu seperti dalam budaya Melayu harimau disebut sang belang, buaya disebut sang rangkak tetapi dalam budaya masyarakat ini semua benda yang tidak mahu disebut nama sebenarnya disebut jukut); hantu atau makhluk halus, sesuatu.Masuklah, kalau kaumahu. Kalau kausudah Kristian, siapa nak apa-apakan padi kita kalau diserang jukut. Josika mendongak ke langit yang tidak begitu cerah. Aku sudah tidak cekap lagi. Sudah tua. Aku berharap kepada kamu. Terpinga-pinga Josika buat seketika.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas