tekiding MSb | bakul yang dibuat dari anyaman rotan yang diraut halus, bertutup dan bertali untuk disandang di bahu. Ia dijadikan tempat menaruh alat-alat upacara, seperti gonding, mamadik, salungan dan sebagainya. | Selesai memasak, mereka makan, mereka makan dengan berlaukkan apa entahlah. Sesudah makan mereka berkemas barang-barang ke dalam "tekiding" (tempat mengisi barang yang diletakkan di atas belakangnya). | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berait, *barait* MSb | bakul yang dibuat dari anyaman rotan yang diraut halus, bertutup dan bertali untuk disandang di bahu. Ia dijadikan tempat menaruh alat-alat upacara, seperti gonding, mamadik, salungan dan sebagainya. | Kamu mahu ke mana? tanya Francis kepada seorang tua yang berjalan bersama-sama seorang wanita muda. Mereka masing-masing menggalas bongan dan berait. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
hisad Kd | sejenis tumbuhan palma. | Sandang - Selindang – diperbuat daripada sejenis tumbuhan yang dalam bahasa Kadazan disebut hisad, ianya menyerupai daun pandan yang telah diraut sebesar kira lima milimeter. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sandang Kd | sandang daripada pokok hisad dan disangkutkan di bahu ketika menari Sumazau. | Sandang - Selindang – diperbuat daripada sejenis tumbuhan yang dalam bahasa Kadazan disebut hisad, ianya menyerupai daun pandan yang telah diraut sebesar kira lima milimeter. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |