pudung Bj, Kd, Tb | parang pendek yang digunakan untuk merumput. | Fikirannya melayang jauh. Kemudian, fikiran itu kembali kepada dirinya sendiri. Ada waktu-waktunya dia mengeluh. Akhirnya dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Di sana bininya masih terbongkok-bongkok di celah-celah batas. Satu-satu perdu rumput itu rebah terkena pudung bininya. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tembap, *tambap* Ib | bodoh. | Kerja begitu kerja budak-budak mentah. Budak-budak yang bertindak mengikut fikiran. Lagipun kalau Umbai tahu aku berbuat begitu, percuma aku dikatakannya paloi atau tembap dan lebih menyedihkan dan membencikan lagi kalau dia terus mentertawakan aku. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kerepak MSr | leteran. | Akhirnya dia berbaik-baik semula dengan emak sekadar tidak begitu mengendahkan kerepak dan leter umpat orang tua itu. Dia lebih mengikut perasaan dan fikiran sendiri kerana kalau hendak dikatakan menderhaka, emak lebih menderhaka kepadanya lebih daripada apa-apa. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |