bau tulang LB | sejenis manik yang diperbuat daripada tulang binatang atau gading gajah. | Jika kamu datang, datanglah dengan pakaian yang lengkap. Mengasaplah kamu, serta berpakaian kabung dari Pedian dan bersarung hijau. Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ilang I | sejenis pedang. | Ilang - iaitu sejenis keris panjang yang diperbuat daripada besi pilihan, matanya tajam berkilat. Ulu keris ini diperbuat daripada gading gajah yang dibentuk dengan ukiran-ukiran yang cantik. Di bahagian belakang mata keris ini dihiasi dengan bulu atau rambut manusia yang berumbai-rumbai. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |