tedah MSr | Kasihan, pernyataan simpati kepada seseorang akibat kesusahan dan sebagainya. | Pawi, bisik Pak Keri Ladun, menggamit lutut Udak Pawi. Nampaknya semakin teruk keadaan tedah Bujang Elak itu!" Udak Pawi hanya mengangguk-anggukkan kepalanya, lemah. Hatinya yang gelisah semakin bertambah gelisah. Tewaskah Syekh Jamal?. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mit Ib | kecil. | Mengapalah bapa mit ini tak pulang-pulang? keluh isteri Irang. Dia gelisah menunggu, dia bukan saja takut tetapi tidak ada sesiapa yang boleh membantu dia di rumah. Sedang isteri Irang gelisah menunggu dia terdengarkan sesuatu bunyi aneh seolah-olah ada sesuatu atau seseorang berjalan melalui jambatan yang dibina menuju ke rumah. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lasak MSr | bahagian atas kepala yang tidak berambut. | Rentap menghela nafas, mengeluh. Ditenungnya wajah Nikosa. Gelisah. Sayu. Dahi lasak Nikosa jelas berminyak. Rentap mengengsot kerusinya ke meja. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
basung Mr | sejenis bakul yang diperbuat daripada rotan dan digunakan untuk membawa barang. Ia mempunyai tali untuk disangkutkan pada bahu si pembawa. | Maria semakin gelisah apabila merasakan bakul basung yang dipikulnya itu, dipegang oleh Baljit. Perjalanan pulang ke rumah Solisir yang jauh itu, terasa semakin membebankan. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |