lemambang Ib | orang yang mahir dalam pelbagai nyanyian suci atau puji-pujian. | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batu pencelap, *batu penchelap* Ib | batu yg dipercayai boleh mengekalkan kesihatan dan tolak bala. | Setelah mengadakan upacara seperti ini dan orang yang berkenaan masih berasa kurang yakin atau masih berasa risau, upacara yang dipanggil makai burung boleh juga diadakan. Orang yang mahir dalam upacara ini perlu diundang. Dia akan seterusnya mengusap badan orang yang terkena ‘burung’ seperti ini dengan batu pencelap untuk menghindarkan perkara-perkara yang tidak baik menimpa orang itu.? | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selampandai Ib | sejenis belalang yang dipercayai boleh memberi petanda tentang jantina anak yang bakal lahir. | Mendengar selampandai berbunyi pada waktu tengah hari juga pantang besar. Kalau burung ini didengar di huma, suatu upacara bagi mengurangkan alamat buruk yang dibawa oleh burung mesti diadakan di huma itu. Orang yang memang mahir dalam perkara ini juga mesti dijemput. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |