Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendaki

Puisi
 

Kalau ke bukit sama mendaki,
     Kalau ke laut sama berenang;
Kalau kita bersatu hati,
     Kerja yang berat menjadi senang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tertukik jejak mendaki,
     tersendorong jejak menurun.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)

291

Nothing venture, nothing win

Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya.

Belum cuba belum tahu

At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win .

Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
aki kapuuno Mrpencipta langit dan bumi.Dengan biasiswa itu, dia mendaki satu demi satu tangga untuk menuju kejayaan. Dia terlupa langsung tentang kewujudan kuasa ghaib tertinggi yang mereka kenali sebagai aki kopuuno, pencipta langit dan bumi serta segala makhluk di atasnya.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
unus Ibgelang yang diperbuat daripada benang pokok aping; dipakai oleh jejaka Iban pada zaman silam.Gelang unus sungguh halus pakaian kaum Baketan pulang bertualang. Berjalan berterusan mendaki gunung, menurun gunung, menyusuri laluan binatang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jernang, *jeranang* Ibsejenis tumbuhan seperti halia yang digunakan untuk membuat warna. Ia ditumbuk kemudian kacau bersama air sebelum diperah bagi mendapatkan bancuhan berwarna.Apabila sampai di situ Kumang pun terus mendirikan sebuah pondok. Setelah siap pondok didirikan, Kumang pun mendaki sebuah bukit. Di atas bukit itu dia terjumpa tumbuh-tumbuhan tarum dan jernang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temawai Ibbekas tapak rumah panjang yang ditumbuhi pokok-pokok baru.Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau. Sudah menyengat sekali rasa sengal pada lutut dan pinggangnya ketika mendaki bukit mencari Luyuh.Antologi Cerpen Bunga RimbaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas