Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Tertukik jejak mendaki,
     tersendorong jejak menurun.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
menokondiu Kd Lttarian dalam upacara menurun.Dengan iringan muzik tersebut yang temponya dari jenis "Ginandang Mengigol" akan mengiringi tentagas-tentagas yang hadir di situ mengigol atau mengain, kemudian "menokondiu" pula, sebagai usaha mereka untuk menurun yang kemudian akan bercakap-cakap dengan "Kinoringan" bagi menyampaikan permintaan dan hasrat mereka.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
unus Ibgelang yang diperbuat daripada benang pokok aping; dipakai oleh jejaka Iban pada zaman silam.Gelang unus sungguh halus pakaian kaum Baketan pulang bertualang. Berjalan berterusan mendaki gunung, menurun gunung, menyusuri laluan binatang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pengalai Kypenari.Sewaktu mengadakan majlis Anding ini, kemenyan hendaklah disediakan untuk dibakar di samping mayang pinang muda yang masih belum mengurai. Mayang pinang muda ini digunakan oleh pengalai untuk memudahkan mereka memasuki acara ‘menurun’ iaitu kerasukan.Pemujaan semangat dewa dewiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
momisok Kdupacara memanggil roh si mati pada malam hari yang ke-6 selepas si mati dikubur.Di akhir upacara, dukun wanita itu memohon supaya roh si mati mendoakan kesejahteraan hidup keluarganya. Pada sepanjang tempoh upacara "Momisok", dukun wanita itu berada dalam keadaan menurun dan "tidak sedarkan diri".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gonding Kdsejenis alat yang dibunyikan semasa upacara ritual Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu, bahagian yang dipegang dibuat daripada tanduk atau teras kayu. Kemudian tali-tali benang yang diikat pada lobang tanduk atau teras kayu yang dipegang itu. Seterusnya ialah bahagian loceng yang bergantungan pada tali-benang itu. Ketika menggunakannya tangan orang bergerak turun- naik dan berpusing, dan dengan itu gonding ini akan berayun-ayun. Geraknya selaras dengan irama dan lajunya pembacaan mentera.Kemudian tangan Abon membunyikan gonding dengan menggoyang-goyangkannya. Dan ketika itu Abon sedang menurun untuk merayu dilanjutkan usia suami Solisir, ketika itulah suami Solisir menghembuskan nafasnya yang terakhir.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas