Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyem.bah] | مڽمبه

Definisi : 1. memberi hormat dgn meng-angkat sembah: maka sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ mata-hari; 4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan; kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyem.bah] | مڽمبه

Definisi : 1 memuliakan Allah dan mentaati-Nya: ~ Allah. 2 (bagi orang bukan Islam) menghormati sesuatu yg di­anggap berkuasa; memuja: ~ api. 3 memberi hormat kpd raja dll dgn mengangkat sembah: Maka Hang Tuah pun ~ baginda lalu pulang ke rumahnya. 4 mengaku tertakluk pd; mengaku taat kpd: Baginda tidak mahu ~ ke benua Siam. ~ bumi jatuh tertiarap ke bumi (bkn orang); roboh dan rosak teruk atau musnah (bkn bangunan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembah
Kata Terbitan : menyembah, menyembahkan, mempersembahkan, sembahan, penyembah,

Puisi
 

Orang ceti menyembah berhala,
     Di dalam kuil tiada yang lain;
Kutu mati di atas kepala,
     Tuma mati di tepi kain.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
miontong Kddewa pelindung.Semua orang Kadazan dulu menyembah itu Tua Pek Kong (dewa Cina) juga. Ya, dulu. Ada yang menyembah penjaga di rumah. Kadazan bilang miontong (dewa).Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tilud Kd Ltlelangit rumah.Pada hari yang ketiga, sebahagian daripada "Tantagas" itu menjalankan adat istiadat memuja yang dipanggil "Tumampau". Dalam upacara ini, "Tantagas-tantagas" itu membawa lembing dan naik ke atas lelangit rumah yang disebut "Tilud". Ia bermaksud untuk menyembah roh-roh jahat.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumampau Kd Ltsebahagian adat istiadat dalam upacara memuja tajau.Pada hari yang ketiga, sebahagian daripada "Tantagas" itu menjalankan adat istiadat memuja yang dipanggil "Tumampau". Dalam upacara ini, "Tantagas-tantagas" itu membawa lembing dan naik ke atas lelangit rumah yang disebut "Tilud". Ia bermaksud untuk menyembah roh-roh jahat.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas