gambang I Ky, MBr | sejenis tarian yang diiringi oleh alat muzik seperti xilofon. | Dahulu para penari yang terlibat untuk menarikan Tarian Gambang ini ialah terdiri dari kaum wanita sahaja dan kaum lelaki hanya sebagai penonton, tetapi sekarang ini, untuk lebih menyerikan dan dianggap sebagai tarian pergaulan keterlibatan kaum lelaki amat dikehendaki. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
igal-igal Bj Sp | sejenis tarian yang ditarikan dengan iringan alat muzik kulintangan, gong dan tambur asalnya bertujuan untuk menyampaikan hadiah berupa wang kepada pengantin dengan cara menari. | Menurut penyelidikan bahawa Tarian Igal-Igal ini ditarikan secara Perseorangan, perkumpulan atau secara berpasangan dan dari keadaan ini jelas memperlihatkan yang Tarian Igai-Igai ini merupakan tarian pergaulan atau kegembiraan. | Tarian Hadiah untuk Pengantin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |