seledok, *seliduok* Ml, MSr | alat untuk menangguk ikan. | Pak Ngah mencapai seledoknya. Dihulurkannya ke dalam air. Perlahan-lahan Pak Ngah pegang hujung joran tautnya. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bakas Bj Sm, Kd, Tb | 1. sumpah seranah. | BAKAS .! sumpahnya. Dia memegang batang busai itu erat-erat. Kayuhnya telah berubah. Daripada perlahan, kini bertukar menjadi cepat. Semacam mengikut kemarahan hatinya. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ensurai Ib | sejenis pokok yang tumbuh di tebing hulu sungai; Dipcrocaspus oblongikolus, buahnya seperti buah engkabang dan boleh dimakan. | Kalau tidak ranting-ranting, botol-botol, sampah-sarap dan batang ensurai ditunda perlahan menyaratkan sungai itu. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pantak Ib, MSr | tatu. | Tuai Rumah Dunggau mencapai ilang tersebut. Ditelitinya begitu lama bagaikan itulah pertama kalinya dia melihat ilang. Sarung ilang itu penuh ukiran, melengkang-lengkung hampir-hampir menyerupai pantak (cacah atau tatu) yang penuh di belakangnya. Ilang itu ditariknya perlahan- lahan. | Mengepung Mimpi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |