tongkungon Kd | gitar tiub dibuat daripada bambu, dimainkan secara perseorangan atau untuk mengiringi tarian. | Selalunya tongkungon dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian. Ianya juga digunakan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan suku-kaum Dusun/ Kadazan. | Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
igal-igal Bj Sp | sejenis tarian yang ditarikan dengan iringan alat muzik kulintangan, gong dan tambur asalnya bertujuan untuk menyampaikan hadiah berupa wang kepada pengantin dengan cara menari. | Menurut penyelidikan bahawa Tarian Igal-Igal ini ditarikan secara Perseorangan, perkumpulan atau secara berpasangan dan dari keadaan ini jelas memperlihatkan yang Tarian Igai-Igai ini merupakan tarian pergaulan atau kegembiraan. | Tarian Hadiah untuk Pengantin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |