temeran Ib | alas untuk membawa bakul yang diperbuat daripada kulit kayu tekalong. | Kedua-dua belah telinga budak-budak di rumah panjang itu diconteng dengan kapur dan kedua-dua belah tangan mereka digelangkan dengan seutas tali yang dinamakan temeran. | Asap Kayu Lukai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jak MSr | yang (kata sendi). | Apa jak merah di leher dayang? Rantai emas oleh ayahanda dari Jawa. Baginda mengerat pula telinga Puteri Bukit Siguntang. Bertanya pula Mak Inang dalam lagunya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pampai Ib | sejenis kain selindang yang diperbuat daripada kain tenun. | Perhiasan enyawir tersirat rapat tiada jurang. Pampai amat sesuai berjuntaian ke arah belakang. Sumping telinga tergantung-gantung bercahaya terang. (hlm. 45) | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sansaring Kd, Tb | sejenis canang yang mengeluarkan suara yang nyaring seperti canang cina. | Lamin ..., tegur Sadi kepada seorang pemuda yang berpakaian sepertinya. Lamin duduk bersila tidak jauh darinya. "Buruk benar bunyinya irama gong yang kaumainkan. Sakit telinga aku. Kau seharusnya menjiwainya dengan sepenuh perasaan. ..." Lamin yang sedang memalu gong `sansaring'nya begitu tersinggung. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giman Kd | sejenis tumbuhan menjalar yang boleh dibuat tali sundatang. | Kecapi ini dibuat daripada kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang. Secara tradisional tali-talinya dibuat daripada tumbuhan giman. Nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini. | Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
enyawir Ib | sejenis perhiasan yang dibuat daripada duit syiling untuk diikat pada tali pinggang. Ia kelihatan seperti sisik ikan apabila dipandang dari jauh. | Tali pinggang lampit di pasang rapat umpama sebuah pintu tapang. Perhiasan enyawir tersirat rapat tiada jurang. Pampai amat sesuai berjuntaian ke arah belakang. Sumping telinga tergantung-gantung bercahaya terang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |