jejabong, *jejabung* Ib | rambut musuh yang telah tewas sebagai bukti seseorang itu sudah berdengah. Ia biasanya diletakkan di hulu parang sebagai lambang keperwiraan. | Pada suatu hari dia telah pergi ke sekolah. Ketika dia sampai, murid-murid sedang tekun belajar. Mereka berasa takut melihat Buda membawa parang jejabong dan tangkal yang dililit di sekeliling pinggangnya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jila isang Ib | daun palas dalam keadaan tercarik dan dibiarkan berjela-jela diletakkan pada kepada/tengkorak manusia yang tewas semasa mengayau untuk digunakan semasa perayaan masyarakat Iban. | Gila Gundi beranakkan Keling Aji yang berani dan boleh menjadi ketua perang, ketua orang di Panggau Libau, tempat yang berlumpur becak kerana terlalu kerap terkipas oleh jila isang, tempat tinggal dewa-dewa yang menjadi nadi penggerak orang-orang yang menjadi ketua perang, ketua kayau, perwira dan sebagainya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |