Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngem.ba.li.kan] | مڠمباليکن

Definisi : 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.ba.li.kan] | مڠمباليکن

Definisi : 1 memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik: Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2 memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali: Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembali
1. Bersinonim dengan balik
( pulang)
(kata kerja:)
Berantonim dengan pergi

2. Bersinonim dengan baki
( lebih)
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan semula
( lagi, sekali lagi, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekembali, mengembalikan, kekembalian, pengembalian,

Peribahasa

Salah makan memuntahkan,
     salah tarik mengembalikan,
salah langkah surut kembali.

Bermaksud :

Jika salah dalam sesuatu pekerjaan hendaklah segera diperbaiki kesalahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Br. panggil balik; Id. panggil balik) Kaedah bagi mengenal pasti terminal jauh. Dalam kaedah ini, sistem hos memutuskan hubungan dengan pemanggil dan kemudian menelefon nombor terminal jauh yang sah bagi mengembalikan hubungan yang terputus. Walau bagaimanapun, penggunaannya dalam capaian jauh adalah terhad kerana teknologi yang semakin maju. Sinonim dail semula. panggil semula keselamatan (Ig. security call back; Br. panggil balik keselamatan tandatangan virus yang digunakan untuk mengecami virus berkenaan. Virus ini mempunyai atur cara khas yang mengandungi algoritma penyusunan bit untuk proses herotan. Algoritma penyusunan bit ini juga akan digunakan untuk mengembalikan virus ke bentuk asal sebelum proses jangkitan. virus swasulit (Ig. self-encrypting virus; Br. virus swapenyulitan; Id. virus swa enkripsi) Virus swaherot yang menggunakan algoritma penyulitan bersama kekunci yang berubah

Kembali ke atas