Kamus Teknologi Maklumat ct.indd ancaman; Id. agen ancaman) Kaedah yang digunakan untuk mengeksploitasikan kegoyahan yang wujud dalam suatu sistem maklumat, mengganggu kelancaran pengendaliannya atau merosakkan integriti prasarana yang menyimpan sistem maklumat berkenaan. Contohnya, virus manusia atau bencana alam. agihan terpercaya (Ig. trusted distribution; Br. agihan dipercaya; Id. distribusi terpercaya) Kaedah untuk mengagihkan perkakasan, perisian, media dan data yang terlibat dalam Asas Pengkomputeran Terpercaya (TCB) dengan terbongkar kepada entiti yang tidak berkuat kuasa. Contohnya, nafi khidmat, pengubahsuaian yang tidak sah dan pembongkaran maklumat rahsia. ancaman luaran (Ig. external threat) Sebarang bentuk ancaman yang bukan berpunca daripada sumber atau sistem dalaman. Contohnya, serangan oleh penggodam ke atas pelayan web melalui Internet. ancaman pasif (Ig. passive threat; Br. ancaman pasif; Id. ancaman pasif) Ancaman yang dilakukan terhadap pemilik data
|