[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي
Definisi : 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguamnya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي
Definisi : 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)