Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.gar] | ملڠݢر

Definisi : 1. merempuh, melanda, me­lanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ me­lainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.gar] | ملڠݢر

Definisi : 1 merempuh; melanda: Keretanya yg terbabas telah ~ sebuah kedai runcit di tepi jalan. 2 menyerang; menyerbu: Askar-askar Belanda telah ~ kota Melaka. 3 menyalahi atau menentang undang-undang (peraturan, hukum dll): Dia telah dibuang kerja kerana ~ tatatertib bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgar
Kata Terbitan : berlanggar, melanggar, terlanggar, pelanggaran, pelanggar,

Puisi
 

Tenun kain dengannya kapas,
     Warna corak bermacam ragi;
Perahu lilin layar kertas,
     Cuba melanggar lautan api.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Langit menimpa kepala,
     bumi memegang kaki.

Bermaksud :

Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
analisis ancaman) Kajian terhadap niat dan kebolehan sesuatu agen ancaman untuk mengancam suatu sistem komputer atau sistem maklumat yang ingin dilindungi. Kajian ini juga menilai tahap kemungkinan agen ancaman akan melanggar dasar keselamatan atau mengelak mekanisma keselamatan. Lihat juga agen ancaman. analisis kegoyahan (Ig. vulnerability analysis; Br. analisis ketakteguhan; Id. analisis kerawanan) Kajian sistematik terhadap suatu sistem maklumat untuk menentukan tahap Teknologi Maklumat ct.indd 51 6/6/11 4:01:42 PM 52 kegoyahan keselamatan kejuruteraan sosial pengendalian atau pengurusan sistem boleh dieksploitasikan oleh pengguna atau sistem lain. Pengeksploitasian ini melanggar dasar keselamatan sistem. kegoyahan keselamatan (Ig. security vulnerability; Br. ketakteguhan keselamatan; Id. kelemahan sekuritas) Keadaan apabila terdapat pendedahan kepada perbuatan yang mampu menggugat keselamatan sesuatu sistem maklumat atau kelancaran pemprosesan

Kembali ke atas