Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.ta/.kan] | ملتقکن

Definisi : 1. menempatkan (pd), me­ngenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawal­an pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiah­kan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetap­kan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.ta/.kan] | ملتقکن

Definisi : 1 menempatkan sesuatu; membubuh: Emaknya ~ hidangan itu di atas meja. 2 melepaskan perkhidmatan; meninggalkan: Ia ~ jawatannya dlm bulan Januari 1972. ~ senjata berhenti berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letak (kata nama)
Bersinonim dengan duduknya, kedudukan, tempatnya, keadaan, diamnya, posisi;,
Kata Terbitan : meletakkan, terletak,

Peribahasa

Menengadah membilang layas,
     menungkup membilang lantai.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sepenuhnya ataupun berdasarkan ciri kata laluan yang ditetapkan oleh pemilik sistem. penjangkit sektor but (Ig. boot sector infector (BSI); Br. penjangkit sektor but (BSI); Id. penjangkit sektor but) Virus yang meletakkan kod awalnya dalam sektor but yang menyebabkan atur cara virus ini dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sistem pengendalian. Virus ini boleh mengambil alih kawalan fungsi sampukan dan fungsi pemproses yang lain

Kembali ke atas