Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.sang] | مماسڠ

Definisi : 1. menembakkan (senapang, meriam, dll): maka bedil pun dipasang orang, terlalu azamat bunyinya; 2. menya­lakan (lampu dll), mencucuh (suluh, rokok, mercun); 3. mengenakan (mencantumkan dsb) bahagian-bahagian sesuatu sehingga menjadi sesuatu yg lengkap atau sempurna, mencantumkan (utk membina, melengkapi, dll): kilang ~ kereta; ~ pagar mendirikan pagar; ~ paip air melengkapi dgn paip air; 4. menahan (perangkap, jerat, lukah, dll); 5. mempertaruhkan wang (dlm permainan judi dll), menahan; 6. mengenakan (melekatkan, memuatkan, menempatkan dll); ~ aksi Id berkelakuan yg dibuat-buat supaya elok kelihatan; ~ badan a) memakai pakaian cantik, menghias diri; b) Jk menjalani hukum­an di penjara; ~ bendera menaikkan (mengi­barkan) bendera; ~ guna-guna mengenakan guna-guna; ~ harga meletakkan (menen­tukan) harga; ~ iklan memasukkan iklan (dlm akhbar, majalah, dll); ~ jaga menempatkan (mengadakan) jaga; ~ kaki mengadakan (menempatkan) pengintip; ~ kancing mengenakan (melekatkan) kancing; ~ layar me­naikkan (mengenakan) layar; ~ mata men­jaga (memerhatikan) baik-baik; ~ mata-mata menempatkan (mengadakan) mata-mata utk menjaga dll; ~ pelana mengenakan pelana; ~ telinga meneliti atau mendengarkan baik-baik (percakapan, bunyi, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.sang] | مماسڠ

Definisi : menempatkan bubu dlm air utk menangkap ikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.sang] | مماسڠ

Definisi : 1 mengenakan api pd sesuatu supaya bernyala atau terbakar; menyalakan (lampu dll); melepaskan (tembakan meriam): ~ pelita. 2 menyambungkan beberapa bahagian yg disediakan dahulu supaya menjadi lengkap; membuat sesuatu supaya lengkap jadinya: ~ kereta; ~ langsir jendela; ~ paip air. 3 meletakkan sesuatu (spt lukah) di tempat-tempat tertentu utk menangkap benda-benda yg lalu di situ; menahan (lukah dll): ~ jerat; ~ jaring. 4 memulakan perjalanan sesuatu jentera; menghidupkan: ~ enjin. 5 ist tindakan mengenakan atau menyambungkan perkakasan atau perisian ke dlm sistem komputer. ~ badan menghias diri dgn memakai pakaian yg cantik-cantik dll. ~ bendera menaikkan atau mengibarkan bendera. ~ harga menentukan harga. ~ kaki mengadakan orang utk mengintip dll. ~ mata memperhatikan baik-baik. ~ mata-mata mengambil polis utk menjaga sesuatu. ~ telinga mendengar dgn sungguh-sungguh dan berhati-hati; mendengar baik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasang3
Kata Terbitan : berpasang-pasang, memasang,

Puisi
 

Budak-budak memasang rakit,
     Baik-baik terkena jari;
Bubu dipasang kurang himpit,
     Dilanggar roboh sendiri.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Menahan (= memasang) lukah di penggentingan.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
indd 4 6/6/11 4:01:25 PM 5 ini tidak akan berpanjangan dengan membekalkan maklumat penyelesaian terhadap masalah tersebut. Contoh penyelesaian masalah keselamatan adalah memperbaik konfigurasi perisian atau memasang fail tampal. alat pengesahan (Ig. authentication tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) 1. Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej oleh pengguna hasad. Olokan seperti ini boleh menyebabkan keadaan cemas pada pengguna biasa sehingga pengguna biasa sanggup menjalankan tindakan drastik seperti membatalkan fail sistem penting yang sebenarnya tidak rosak atau memasang perisian kekuda Trojan yang diedarkan oleh pengguna hasad dengan harapan supaya masalah dapat dicegah dan dielakkan. operasi maklumat khusus (SIO) (Ig. special information operation (SIO); Br. operasi maklumat khusus (SIO

Kembali ke atas