Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, men­ziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), menderita, merasai: perasaannya masih ter­lalu polos dan kurang mengerti akan ke­mung­kinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : 1 (dpt) bertemu dgn; (dpt) berjumpa atau bersua dgn: Dia masih belum juga ~ orang yg dicari-carinya. 2 pergi berjumpa dgn; menziarahi; melawati: Dia pulang ke kampung ~ kaum keluarganya. ~ ajal meninggal dunia; mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Air pasang surut ke hulu,
     Menemui baung mati terlentang;
Sudah dibawa buah mengkudu,
     Si baju gadung kuikut pulang.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
limpahan paket data tak berguna tanpa henti. Komputer sasaran akan menganggap bahawa serangan berpunca daripada komputer zombi dan bukannya daripada komputer penggodam. Serangan tersebut hanya boleh dihentikan apabila pengguna sebenar menemui dan membatalkan daemon DDoS pada komputernya. zombi denyutan (Ig. pulsing zombie; Br. zombi denyutan; Id. zombi pemulsaan) Komputer zombi yang dikawal jauh oleh pengguna hasad. Komputer zombi denyutan berbeza dengan

Kembali ke atas